Wednesday 25 May 2011

Sambutan Hari Ibu 2011

Pada tarikh 14 Mei 2011 bertempat di Hotel Mega View Kuantan telah diadakan jamuan makan malam sempena meraikan sambutan Hari Ibu bagi tahun 2011. Bertemakan 'Ibuku, Kau Ratu Hatiku', majlis yang telah dikelola dibawah Biro Sukan & Kebudayaan bergandingan bersama Biro Pendidikan ini turut diadakan majlis penyampaian cenderahati kenangan kepada Ahli Persiap yang akan mengikut suami berpindah ke Institusi Lain dan suami yang akan berpencen. Majlis turut menghargai anak - anak ahli yang telah mencapai kejayaan didalam peperiksaan yang lalu. Majlis pada malam itu digamatkan dengan pertandingan persembahan dari zon - zon kediaman yang terdiri daripada 7 kumpulan selain persembahan hiburan karaoke. Majlis yang berlangsung selama 3jam setengah itu diakhiri dengan pengumuman 'Hadiah Misteri' kepada Ibu Vouge yang telah dimenangi oleh KPL Zubaidah binti Awang Ngah yang begitu 'Sporting' di malam itu sebelum acara diteruskan dengan simbolik pemotongan kek yang dilakukan oleh Pengerusi Persiap Penor, Puan Fauziah bersama - sama ahli persiap yang lain.

KLIK - KLIK SEPANJANG MAJLIS BERLANGSUNG













TERIMA KASIH TAK TERHINGGA KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT MENJAYAKAN MAJLIS INI...

Monday 18 April 2011

Cerita dari Biro Sukan

9 April 2011 @ Mega Lanes Kuantan

Seramai 3 orang ahli PERSIAP Penjara Penor telah terlibat dalam kejohanan tersebut yang turut di sertai 65 peserta yang terdiri dari ahli PUSPANITA dan Jabatan -jabatan kerajaan seluruh Negeri Pahang. Seorang peserta dari PERSIAP Penor iaitu KPL Zahara binti Embong telah berjaya menduduki tempat ke 11 daripada 20 hadiah yang dipertandingkan. Tahniah dari kami!

Wednesday 13 April 2011

PENGENALAN PERSIAP


Persatuan Wanita di institusi Penjara telah lama wujud di mana pengurusan pentadbirannya di bawah institusi masing-masing. Dengan tujuan untuk menyatukan Persatuan-Persatuan Wanita di institusi di bawah satu pengurusan dan segala aktiviti dapat diselaraskan, maka PERSIAP ditubuhkan. PERSIAP iaitu singkatan dari Persatuan Isteri, Anak-anak dan Anggota Wanita Penjara Malaysia dengan rasminya didaftarkan pada 28 Ogos 1989.